Teknologi pendidikan merupakan satu bidang dalam ilmu pendidikan yang mengabungkan teori dan amali dalam pengajaran untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Teknologi pendidikan bermaksud “ satu sistem yang meliputi alat atau bahan media yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran” (Applying Educational Teknology , 1979: Uhwin Derek). Teknologi pendidikan merupakan bahan mengajar untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih jelas dan berkesan. Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran memang tidak dapat dinafikan dan ianya mempunyai fungsi keatas proses pengajaran dan pembelajaran apabila ianya dihasilkan dengan mengikut kesesuaian pengajaran. Antaranya, teknologi pendidikan dapat meransang minat pelajar terhadap sesuatu pembelajaran , membantu guru dalam menerangkan sesuatu konsep yang agak sukar diterangkan jika guru menerangkan menggunakan lisan sahaja , guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaranya dan lain lagi. Teknologi pendidikan boleh diketagori kepada 2 jenis iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Media elektronik seperti audio, video, overhead projector (OHP), projector slaid dan komputer. Manakala media bukan elektronik seperti papan tulis, buku teks, surat khabar, gambar, gambar rajah, carta dan semua alat yang tidak bermesin dan elektronik.Namun persoalanya bagaimana teknologi dapat diaplikasikan dalam meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar?
5 langkah teknologi dapat diaplikasikan dalam membantu meningkatkan pembelajaran pelajar.
1) Simulasi dan model
‘Turning fork’ adalah satu alat yang digunakan untuk menunjukkan bagaimana getaran boleh menghasilkan bunyi .Tetapi kita tidak dapat melihat dengan menggunakan mata kasar bagaimana molekul bergerak atau kepadatan molekul dalam satu jisim untuk penghasilan bunyi yang berbeza arasnya. Justeru itu, simulasi dan model digital untuk membantu guru menjelaskan konsep yang terlalu besar atau terlalu kecil, atau proses yang berlaku terlalu cepat atau terlalu perlahan. Oleh hal yang demikian, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas terhadap sesuatu konsep disamping meningkatkan tumpuan pelajar terhadap pembelajaranya.
2) E- Buku
E-buku adalah pembelajaran yang menggunakan buku yang berbentuk maya sebagai rujukan dan tiada istilah kertas dalam konsep E- buku ini. Sumber ini mudah diperolehi daripada rangkaian internet seperti google ataupun yahoo. E-buku juga dapat memberi manfaat kepada pelajar dengan mengurangkan kos pembelajaran dimana pelajar tidak perlu membeli buku yang mahal disamping mengurangkan beban untuk memikul buku yang berat. Selain itu, pelajar juga dapat merujuk pelbagai jenis buku yang di kehendaki walaupun buku tersebut sukar diperolehi dipasaran dan dapat mengaksesnya dimana jua berada asalkan mempunyai rangkaian internet. Selain itu, E-buku juga diaplikasi pada komputer di perpustakaan sekolah ataupun institusi untuk memudahkan pelajar mencari buku yang dikehandaki dengan memasukkan nama tajuk buku berkenaan dan semua maklumat seperti maklumat pengarang, tahun terbitan , lokasi rak buku dan ‘avaibility’ buku tersebut untuk dipinjam akan dipapar pada skrin komputer. Oleh hal demikian, ini dapat menjimatkan masa pelajar untuk meminjam dan menempah buku tersebut untuk dipinjam. Justeru itu, E- buku dapat menolong pelajar untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki disamping dapat menjimatkan masa untuk mencari buku yang berkaitan pembelajaran yang sedang dikaji oleh seorang pelajar.

3) Manipulasi maya ( Virtual manipulative)
Dalam buku ‘What are Virtual Manipulatives?’, Patricia Moyer, Johnna Bolyard, and Mark Spikell (2002) mentakrif Manipulatif Maya sebagai “satu interaktif , berasaskan web yang menunjukkan visual objek yang dinamik yang digunakan untuk membina pengetahuan matematik. Manipulasi maya memperuntukkan alat tambahan untuk membantu pelajar di semua peringkat kemampuan untuk membangunkan hubungan pemikiran mereka dan idea matematik yang umum. Bagi sesetengah pihak, matematik terlalu abstrak dan kebanyakan pelajar dapat memahami dengan jelas apabila guru mengajar menggunakan pelbagai strategi pengajaran yang menggabungkan “melihat-mendengar-membuat’ aktiviti. Manfaat yang paling baik adalah gabungan konsep visual (gambar dan objek boleh alih dalam bentuk 2D atau 3D) dan lisan ( nombor, huruf, perkataan). Selain itu, salah satu manipulasi maya adalah penggunaan kalkulator dimana pelajar dapat memberi tumpuan kepada strategi untuk menyelesaikan masalah bukannya pengiraan sendiri. Manipulasi maya terbahagi kepada 2 iaitu statik dan dinamik. Statik ialah menggunakan gambar dan seakan konkrit tetapi tidak boleh dimanipulasikan dan gambar boleh berubah di skrin tetapi pengguna tidak boleh mengerakkan dan manipulasikan gambar tersebut. Manakala, dinamik boleh dimanipulasi seperti meluncurkan, flip atau memutarkanya. Kebaikan penggunaan manipulatif maya adalah pelajar boleh mengaksesnya dimana sahaja dan percuma asalkan mempuyai rangkaian internet, tidak terhad nombor boleh dimasukkan dan dapat tindak balas yang cepat.Disamping itu juga, manipulatif maya mudah dan cepat digunakan berbanding kertas dan pensil.

4) Digital storytelling
‘Digital storeytelling’ adalah amalan yang menggunakan berasaskan aplikasi komputer untuk memberitahu sesuatu cerita. Bercerita menggunakan kaedah tradisional dan bercerita menggunakan kaedah digital banyak memberi tumpuan terhadap sesuatu topik yang dipilih dan mengandungi titik pandangan tertentu. Namun begitu, ‘digital storytelling’ biasanya mengandungi beberapa campuran berasaskan imej, teks, audio,animasi, klip video dan muzik. ‘Digital story’ boleh dihasilkan menggunakan postcats, window movie maker, photostory blog,wikis dan web 2.0 site. Kebiasaanya mengambil masa selama 2-5 minit sahaja untuk mengelakkan pelajar berasa bosan.Tujuan kaedah ini digunakan untuk memperkenalkan sesuatu konsep, menerangkan idea yang komplek dan merumuskan sesuatu unit. Antara kebaikan penggunaan ‘digital storytelling’ adalah menyediakan kepelbagaian dalam pembelajaran dan pengajaran, menjana penerangan atau latihan sesuatu topik dengan lebih menarik dan meningkatkan penglibtan pelajar dalam pembelajaran.
5) Pembelajaran global
Pembelajaran global berkaitan pendedahan penyambungan antara pelajar dan tempat-tempat di seluruh dunia. Seseorang pelajar boleh menimba ilmu daripada guru luar dengan menggunaan teknologi seperti persidangan video dimana pelajar dapat mengikuti sesi kuliah yang diadakan secara langsung .Selain itu, pelajar juga boleh bertanyakan soalan apabila ada masalah berkaitan topik yang sedang diajar kepada pensyarah tersebut. Pembelajaran secara global ini membolehkan pelajar dari seluruh pelosok dunia dapat mendengar kuliah yang diberikan pada masa tertentu.Oleh hal demikian, ini memudahkan pelajar dan kos yang lebih efektif daripada pembelajaran secara tradisional kerana dapat menjimatkan masa dan wang pembelanjaan perjalanan
Nama: Sharifah nooranis anisya bt syed abu Hassan.
Nombor matrik: A127261.
Tahun Pengajian: 3/ Sepenuh masa.
Falkulti: Perubatan (FPER)
Email: sanissya@yahoo.com
Facebook: Anis Anisya syed Hassan.