Sunday, 15 April 2012

TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN.

Teknologi pendidikan merupakan satu bidang dalam ilmu pendidikan yang mengabungkan teori dan amali dalam pengajaran untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Teknologi pendidikan bermaksud “ satu sistem yang meliputi alat atau bahan media yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran” (Applying Educational Teknology , 1979: Uhwin Derek). Teknologi pendidikan merupakan bahan mengajar untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih jelas dan berkesan. Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran memang tidak dapat dinafikan dan ianya mempunyai fungsi keatas proses pengajaran dan pembelajaran apabila ianya dihasilkan dengan mengikut kesesuaian pengajaran. Antaranya, teknologi pendidikan dapat meransang minat pelajar terhadap sesuatu pembelajaran , membantu guru dalam menerangkan sesuatu konsep yang agak sukar diterangkan jika guru menerangkan menggunakan lisan sahaja , guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaranya dan lain lagi. Teknologi pendidikan boleh diketagori kepada 2 jenis iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Media elektronik seperti audio, video, overhead projector (OHP), projector slaid dan komputer. Manakala media bukan elektronik seperti papan tulis, buku teks, surat khabar, gambar, gambar rajah, carta dan semua alat yang tidak bermesin dan elektronik.Namun persoalanya bagaimana teknologi dapat diaplikasikan dalam meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar?

5 langkah teknologi dapat diaplikasikan dalam membantu meningkatkan pembelajaran pelajar.

1) Simulasi dan model

‘Turning fork’ adalah satu alat yang digunakan untuk menunjukkan bagaimana getaran boleh menghasilkan bunyi .Tetapi kita tidak dapat melihat dengan menggunakan mata kasar bagaimana molekul bergerak atau kepadatan molekul dalam satu jisim untuk penghasilan bunyi yang berbeza arasnya. Justeru itu, simulasi dan model digital untuk membantu guru menjelaskan konsep yang terlalu besar atau terlalu kecil, atau proses yang berlaku terlalu cepat atau terlalu perlahan. Oleh hal yang demikian, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas terhadap sesuatu konsep disamping meningkatkan tumpuan pelajar terhadap pembelajaranya.


2) E- Buku

E-buku adalah pembelajaran yang menggunakan buku yang berbentuk maya sebagai rujukan dan tiada istilah kertas dalam konsep E- buku ini. Sumber ini mudah diperolehi daripada rangkaian internet seperti google ataupun yahoo. E-buku juga dapat memberi manfaat kepada pelajar dengan mengurangkan kos pembelajaran dimana pelajar tidak perlu membeli buku yang mahal disamping mengurangkan beban untuk memikul buku yang berat. Selain itu, pelajar juga dapat merujuk pelbagai jenis buku yang di kehendaki walaupun buku tersebut sukar diperolehi dipasaran dan dapat mengaksesnya dimana jua berada asalkan mempunyai rangkaian internet. Selain itu, E-buku juga diaplikasi pada komputer di perpustakaan sekolah ataupun institusi untuk memudahkan pelajar mencari buku yang dikehandaki dengan memasukkan nama tajuk buku berkenaan dan semua maklumat seperti maklumat pengarang, tahun terbitan , lokasi rak buku dan ‘avaibility’ buku tersebut untuk dipinjam akan dipapar pada skrin komputer. Oleh hal demikian, ini dapat menjimatkan masa pelajar untuk meminjam dan menempah buku tersebut untuk dipinjam. Justeru itu, E- buku dapat menolong pelajar untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki disamping dapat menjimatkan masa untuk mencari buku yang berkaitan pembelajaran yang sedang dikaji oleh seorang pelajar.

3) Manipulasi maya ( Virtual manipulative)
Dalam buku ‘What are Virtual Manipulatives?’, Patricia Moyer, Johnna Bolyard, and Mark Spikell (2002) mentakrif Manipulatif Maya sebagai “satu interaktif , berasaskan web yang menunjukkan visual objek yang dinamik yang digunakan untuk membina pengetahuan matematik. Manipulasi maya memperuntukkan alat tambahan untuk membantu pelajar di semua peringkat kemampuan untuk membangunkan hubungan pemikiran mereka dan idea matematik yang umum. Bagi sesetengah pihak, matematik terlalu abstrak dan kebanyakan pelajar dapat memahami dengan jelas apabila guru mengajar menggunakan pelbagai strategi pengajaran yang menggabungkan “melihat-mendengar-membuat’ aktiviti. Manfaat yang paling baik adalah gabungan konsep visual (gambar dan objek boleh alih dalam bentuk 2D atau 3D) dan lisan ( nombor, huruf, perkataan). Selain itu, salah satu manipulasi maya adalah penggunaan kalkulator dimana pelajar dapat memberi tumpuan kepada strategi untuk menyelesaikan masalah bukannya pengiraan sendiri. Manipulasi maya terbahagi kepada 2 iaitu statik dan dinamik. Statik ialah menggunakan gambar dan seakan konkrit tetapi tidak boleh dimanipulasikan dan gambar boleh berubah di skrin tetapi pengguna tidak boleh mengerakkan dan manipulasikan gambar tersebut. Manakala, dinamik boleh dimanipulasi seperti meluncurkan, flip atau memutarkanya. Kebaikan penggunaan manipulatif maya adalah pelajar boleh mengaksesnya dimana sahaja dan percuma asalkan mempuyai rangkaian internet, tidak terhad nombor boleh dimasukkan dan dapat tindak balas yang cepat.Disamping itu juga, manipulatif maya mudah dan cepat digunakan berbanding kertas dan pensil.

4) Digital storytelling
‘Digital storeytelling’ adalah amalan yang menggunakan berasaskan aplikasi komputer untuk memberitahu sesuatu cerita. Bercerita menggunakan kaedah tradisional dan bercerita menggunakan kaedah digital banyak memberi tumpuan terhadap sesuatu topik yang dipilih dan mengandungi titik pandangan tertentu. Namun begitu, ‘digital storytelling’ biasanya mengandungi beberapa campuran berasaskan imej, teks, audio,animasi, klip video dan muzik. ‘Digital story’ boleh dihasilkan menggunakan postcats, window movie maker, photostory blog,wikis dan web 2.0 site. Kebiasaanya mengambil masa selama 2-5 minit sahaja untuk mengelakkan pelajar berasa bosan.Tujuan kaedah ini digunakan untuk memperkenalkan sesuatu konsep, menerangkan idea yang komplek dan merumuskan sesuatu unit. Antara kebaikan penggunaan ‘digital storytelling’ adalah menyediakan kepelbagaian dalam pembelajaran dan pengajaran, menjana penerangan atau latihan sesuatu topik dengan lebih menarik dan meningkatkan penglibtan pelajar dalam pembelajaran.

5) Pembelajaran global

Pembelajaran global berkaitan pendedahan penyambungan antara pelajar dan tempat-tempat di seluruh dunia. Seseorang pelajar boleh menimba ilmu daripada guru luar dengan menggunaan teknologi seperti persidangan video dimana pelajar dapat mengikuti sesi kuliah yang diadakan secara langsung .Selain itu, pelajar juga boleh bertanyakan soalan apabila ada masalah berkaitan topik yang sedang diajar kepada pensyarah tersebut. Pembelajaran secara global ini membolehkan pelajar dari seluruh pelosok dunia dapat mendengar kuliah yang diberikan pada masa tertentu.Oleh hal demikian, ini memudahkan pelajar dan kos yang lebih efektif daripada pembelajaran secara tradisional kerana dapat menjimatkan masa dan wang pembelanjaan perjalanan




Nama: Sharifah nooranis anisya bt syed abu Hassan.
Nombor matrik: A127261.
 Tahun Pengajian: 3/ Sepenuh masa.
Falkulti: Perubatan (FPER)
Email: sanissya@yahoo.com
Facebook: Anis Anisya syed Hassan.

8 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Setelah membaca entri anda di atas, saya bersetuju yang teknologi dalam pendidikan sememangnya membawa banyak kebaikan dalam pembelajaran pelajar. Saya amat tertarik dengan simulasi dan model serta E-book. Sebagai pelajar kejururawatan, terdapat banyak topik pelajaran yang memerlukan saya untuk membayangkan sesuatu,sebagai contoh, sirkulasi darah di dalam jantung dan badan. Dengan adanya simulasi dan model, saya dapat memahami dengan lebih baik dan jelas tentang sesuatu topik. E-book pula sangat membantu kerana saya tidak perlu lagi membawa buku yang berat dan banyak ke kelas mahupun klinikal kerana semua telah tersedia di dalam E-book. selain itu, saya juga boleh menggunakan E-book tidak kira di mana dan bila-bila masa. Harapan saya semoga penggunaan dan ciptaan baru dalam teknologi pendidikan dapat dipertingkatkan demi meningkatkan status pendidikan Malaysia di mata dunia.

    Siti Ina Shakinah
    (A127478)

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Pada pandangan saya, penglibatan teknologi dan inovasi dalam pendidikan banyak membantu dalam meningkatkan kemahiran ilmu pengetahuan dalam setiap bidang yang diceburi. Pengenalan aplikasi sepeti E-book, digital storytelling dan lain-lain membolehkan pendidikan menjadi lebih menarik dan mudah dipelajari. Pada masa yang sama, ianya menunjukkan masyarakat kini perlu berada seimbang dengan pengaliran arus teknologi moden yang semakin hari berkembang dari semasa ke semasa. Banyak faedah yang boleh didapati dengan kewujudan teknologi dan inovasi dalam pendidikan ini dimana semuanya memfokuskan kepada satu tujuan utama iaitu membudayakan kemahiran dan ilmu pengetahuan sejajar dengan perkembangan teknologi pada masa kini.

    NUR MUNIRAH BINTI OTHMAN (A127319)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    Saya juga bersetuju dengan pendapat Sharifah dan Shakinah berkaitan penggunaan model dan simulasi dalam meningkatkan ppembelajaran pelajar. Seperti yang kita ketahui seseorang itu mungkin akan lebih memahami pelajaran yang diajar apabila dia melihat 'pelajaran' tersebut. Daya imaginasi kita mungkin susah untuk membayangkan seseuatu objek atau proses. Tetapi dengan adanya model dan simulasi yang ditunjukkan kita akan dapat memahami dengan mudah. Bukan itu sahaja apabila melihat dengan mata kita sendiri kita akan mengingati perkara tersebut. InsyaAllah sampai bila-bila kita akan dapat mengingati pelajaran tersebut berbanding dengan hanya membayangkan dalam fikiran kita.

    NURUL FATIHAH BT SALAH HUDDIN
    (A127495)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    Pada pendapat saya pembelajaran menggunakan teknologi dalam pendidikan sangat membantu pelajar mudah untuk memahami dan mengingati. Sebagai contoh dalam bidang perubatan untuk mengetahui bagaimana sesuatu penyakit itu terjadi lebih faham kalau sesuatu itu diterjemahakan dengan menggunakan animasi, simulasi dan model. Memang susah untuk mempelajari sesuatu penyakit tanpa kita mengimaginasinya. dengan bantuan teknologi pendidikan akan menjadi lebih mudah difahami dan pembelajran akan menjadi lebih berkesan. dengan penggunaan E-book memudahkan pelajar mengakses dan menjimatkan kos dan masa.

    Nur Syahirah Bt Zamauri
    (A130608)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.
    Pada pandangan saya,teknologi dan inovasi dalam pendidikan banyak memberi faedah yang positif terhadap pelajar dan juga para pengguna yang lain.Ini kerana ia menjadikan sesuatu topik pembelajaran itu menjadi lebih interaktif seterusnya memudahkan pelajar memahami topik tersebut dengan lebih mudah.Malah pengunaan teknologi juga dapat membantu dalam menjimatkan kos dari segi kewangan dan tenaga serta masa.
    NURSUNIARYATI BTE JEPON
    A127501

    ReplyDelete

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..
    pada pendapat saya teknologi dalam pendidikan membantu pelajar-pelajar untuk lebih memahami dan menguasai sesuatu subjek. berdasarkan pengalaman saya, saya memerlukan sesuatu yang logik dan dapat dilihat untuk memahami subjek tertentu. dengan bidang teknologi, ia dapat mengatasi pemikiran logik manusia dan dapat membantu pelajar untuk memahami sesuatu perkara. walaubagaimanapun para pengajar juga perlu untuk menguasai kemahiran dalam bidang teknologi bagi membantu dalam bidang pengajaran mereka.

    SITI NOR SHAFINI BT YUSUFF (A128008)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...
      Saya bersetuju dengan pentingnya teknologi dalam pendidikan pada hari ini. Dengan kewujudan teknologi yang semakin canggih, pembelajaran menjadi semakin interaktif dan lebih mudah untuk difahami. Selain itu, para pelajar juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat daripada sumber yang berbeza dan boleh betukar-tukar maklumat dengan pelajar daripada seluruh dunia.

      Delete