- Robotic Nurse carries patient.
- Terhasil daripada gabungan projek antara RIKEN dan Tokai Rubber Industries, Ltd. (TRI).Mereka telah menghasilkan sebuah robot yang membantu dalam jagarawatan pesakit yang dikenali sebagai RIBA (Robot for Interactive Body Assistance).
- RIBA adalah robot yang pertama yang boleh mengangkat pesakit daripada katil ke kerusi roda atau daripada kerusi roda ke katil.
- Robot ini menggunakan dua tangan yang mempunyai kekuatan yang tinggi dan berbentuk seperti manusia. Selain itu, tangan robot tersebut mempunyai deria sentuhan yang tinggi dan tepat kepekaanya.
a) Menggangkat pesakit.
b) Memindahkan pesakit daripada katil ke kerusi roda.
c) Memindahkanpesakit daripada kerusi roda ke katil.
2. Tarius-Ultraviolent ray detection
- Tarius adalah sebuah alat yang di cipta oleh Julien Bergignat dan L. Charron- Huysecom yang merupakan pereka bentuk daripada perancis.
- Alat ini befungsi untuk mengesan aras sinaran UV(Ultraviolet) dan sesuai digunakan oleh seseorang yang bekerja di tempat yang terdedah kepada sinaran UV dan cahaya.
- Alat ini diciptakan sebagai satu alteratif untuk mengelakkan seseorang yang berisiko tinggi mendapat kesan sinaran UV secara tidak sedar.
- Sinaran UV secara semula jadi ataupun tiruan adalah sangat merbahaya kepada sesiapa yang terdedah dibawah sinaran cahaya matahari dalam masa yang lama tanpa menggunakan alat perlindungan yang betul
- Sinaran UV ini susah dikesan dengan mata kasar sehingga seseorang itu mengalami masalah pada mata, rambut dan kulit.Jadi alat Tarius ini dicipta untuk menyelesaikan masalah ini.
- Tarius diperbuat daripada cecair polimer Kristal (LCP) dan alat ini mudah digunakan dan mudah dibawa kemana sahaja.
- Alat ini boleh di klipkan pada jaket atau sarung kaki seseorang untuk membolehkan mereka terus memdapat informasi tentang aras sinaran UV disamping sebagai satu langkah penjagaan.
3. Fitbit Wireless Activity.
- Fitbit dapat membuatkan setiap langkah anda kepada kecergasan yang lebih baik walaupun pada hari yang sibuk.Fitbit Ultra mempunyai sensor pergerakan 3-D yang dapat mengesan setiap langkah pergerakan yang anda lakukan seperti berlari, menaiki tangga, berjalan dan berehat.
- Fungsi
-Mengesan jarak yang dilalui.
-Mengesan jumlah kalori yang telah digunakan.
-Membantu pengguna untuk memantau aktivit yang sihat untuk jantung.
b) Mengesan corak tidur.
-Mengenalpasti tempoh tidur pengguna.
-Mengenalpasti corak tidur pengguna.
-Memantau berapa kali dan berapa lama penguna bangun pada waktu malam.
c) Teknologi
ü Pecutan (accerator).
ü Altimeter.
ü Wireless.
ü Boleh dicas semula.
4
4. Bed Robotik
- Bed Robotik dikeluarkan oleh Panasonic Corporation, dimana robot berbentuk katil boleh diubah menjadi menjadi kerusi roda.Transformasi yang dilakukan tidak memerlukan pengalihan penggunadaripada katil atau kerusi roda tersebut.
- Bed Robotik direka untuk membantu pesakit yang mempunyai pergerakan terhad untuk mengekalkan gaya hidup bebas, mengurangkan keperluan bantuan , meningkatkan tahap pergerakan mereka.Jadi pengguna boleh bersama keluarganya melakukan aktiviti bersama seperti makan bersama. Selain itu, ini dapat mengurangkan berlakunya kes seperti jatuh ketika hendak mengangkat pesakit daripada katil ke kerusi tau sebaliknya.
- Selain itu, Bed Robotik juga mempunyai Konopi Robotik, skrin televisyen, peralatan kawalan operasi bed robotik dan kamera keselamatan yang boleh dihubungkan dengan rangkaian dirumah.Paparan Konopi boleh bergerak mengikut kedudukan dan penggunaan lif secara automatic apabila robot ditukarkan ke mod kerusi roda atau katil.
- Ini adalah pengimbas ultrasond mudah alih dan berkos redah. Ia adalah bersaiz sama seperti Black Berry dan muncul dalam bentuk lipat di tengah seperti telefon flip.
- Bahagian peranti atas menunjukkan imej ultrsound, manakala peranti bawah menunjukkan kekunci kawalan.
- Peranti ini mempunyai kuasa yang sama seperti ultrasond konsol daripada dua hingga tiga tahun yang lalu.
- Peranti ini berfungsi untuk menghasilkan imej hitam puteh sepeti digunakan untuk menentukan kedudukan bayi, mengesan keabnormalan organ-organ seperti pembesaran hati, jantung dan lain-lain.
- iphone ini berfungsi untuk mengawal pergerakan kerusi roda elektronik . Kerusi roda elektronik dihubungkan kepada iphone atau ipod skrin sentuh dengan menggunakan rangkaian sistem melalui Bluetooth untuk memaparkan maklumat tentang kedudukan, arah kerusi roda dalam kompas menuju serta memaparkan kelajuan kerusi roda tersebut dalam masa nyata.
- Ciri penyambungan termasuk memaparkan status kerusi roda, melalui kawalan tetikus komputer, IR dan perkakas kawalan Wifi.
- Pada kerusi roda tersebut mempunyai peranti penyambung yang memaparkan akses langsung ke laman web kawalan Dinamik dimana kandungan maklumat yang dipaparkan adalah penting untuk pengguna kerusi roda tersebut.
7. Luminious plasma gas sterilization.
- Ini adalah mesin yang digunakan untuk membersih dan mensterilkan tangan tanpa perlu menskrubkan dan membasuh tangan menggunakan sabun dan air. Peranti ini boleh membersihkan dan mensterilkan tangan dalam masa 4 saat sahaja dan boleh membersihkan tangan dikawasan yang sukar untuk dicapai seperti dibawah kuku.
- Plasmas steril yang digunakan bukan sahaja boleh memusnahkan dan tidak mengaktifkan bakteria malah virus dan fungi.Pembersihan juga boleh digunakan sewaktu memakai sarung tangan tetapi memerlukan masa yang lama lebih kurang 25 saat.
- Alatan ini beroperasi dengan menjalankan arus elektrik melalui udara untuk menghasilkan koktel antibakteria daripada pembersih plasma.
- Oleh itu, alatan ini dapat memberi manfaat kepada pekerja hospital dan meningkatkan lagi kualiti rawatan yang diberikan.
- Terapi cahaya ini menggunakan teknologi LED yang dibangunkan oleh NASA.
- Peranti ini berfungsi mebebaskan gelombang cahaya merah yang berbeza dan seterusnya membantu pertumbuhan semula kulit melalui pengeluaran kolagen dan membantu peredaran darah yang baik
- Selain itu, terapi cahaya ini digunakan oleh aestheticians untuk mengurangkan penampilan garis-garis halus, kedutan dan liang-liang roma yang kecil.
- Dengan itu, tanda-tanda penuaan dapat dikurangkan seterusnya individu boleh nampak lebih muda, cantik dan berseri.
- Ini adalah gabungan watch ECG sistem dengan smartphone. Sistem ini membantu pemantauan rentak dan kadar denyutan jantung seseorang pesakit oleh doktor terlibat.
- Sistem ini dapat dilaksanakan tanpa kehadiran pesakit ke klinik kerana sistem ini boleh membantu doktor memantau kadar dan rentak jantung pesakit dengan jarak yang jauh dan berbeza tempat.
- Jadi, jika berlaku sesuatu masalah terhadap jantung pesakit, doktor dapat mengesan dengan lebih cepat dan tindakan awal dapat dilakukan seterusnya meningkatkan kualiti hidup seseorang.
10. Teknologi bedah tulang menggunakan GPS sistem.
- doktor melakukan pembedahan tulang kini dipermudah dengan suatu sistem yang berfungsi sebagai pemberi arah dikenali sebagai GPS (Global Positioning System).
- Teknologi ini disebut Computer Assisted Surgery (CAS) yang merupakan suatu prosedur penggunaan sistem komputer dalam operasi.
- Selain itu, alat ini membantu ahli bedah dengan penciptaan dan tampilan gambar (navigasi) yang menunjukkan komponen-komponen antara tulang dan ligamen dari persendian yang akan atau sedang diganti.
- “Operasi Total Knee Replacement (penggantian lutut secara menyeluruh) merupakan salah satu operasi yang sulit, sehingga memerlukan bantuan komputer sebagai pemandu untuk hasil yang lebih baik. Jadi, dengan adanya peralatan ini membantu doktor dalam membuat keputusan dan meningkatkan sistem penjagaan kesihatan di sesebuah negara
No comments:
Post a Comment